top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Raikan Hari Malaysia ke 59 dengan semangat Teguh Bersama




Kami, ahli-ahli G25 ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas perayaan Hari Malaysia yang ke-59 dengan tema, "TEGUH BERSAMA" dan merangkul satu lagi tahun keamanan, perpaduan, dan keharmonian bagi negara kita yang tercinta. Kami juga berharap Hari Malaysia tahun ini akan mengingatkan kita tentang kepentingan penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang menandakan hari Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bersekutu untuk membentuk Malaysia. G25 dengan sepenuh hati, mengalu-alukan Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 yang memperakukan sekali lagi komitmen ke atas kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang setarafb dengan Persekutuan Tanah Melayu dalam Persekutuan Malaysia, selaras dengan semangat seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.


Dalam tempoh 59 tahun ini, kita telah mengharungi pelbagai cabaran bersama, termasuk Covid-19 yang memberi kesan kepada kehidupan setiap rakyat Malaysia. Sempena Hari Malaysia ini, kami, G25 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan hadapan kami - doktor, jururawat, pasukan polis, tentera, sektor swasta dan awam, dan seluruh orang awam kerana bertindak bersama sepanjang bencana global ini. Terdapat banyak pengajaran yang perlu dipelajari, namun kami bersyukur kepada kerajaan yang mampu bertindak, untuk menangani keseluruhan pandemik, khususnya perolehan vaksin COVID 19 dan usaha besar-besaran untuk memastikan majoriti rakyat Malaysia divaksin, membuatkan pandemik terkawal dan negara kembali normal.


Sebagai sebuah negara, kita dapat melihat bagaimana perpaduan benar-benar menyatukan rakyat. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama menyatakan, "Kita semua rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Marilah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara." Dengan perpaduan menjadi intipati sebenar kita, kami di G25 percaya yang pentingnya untuk sentiasa muncul sebagai satu, tanpa mengira situasi, biarpun sukar atau mencabar.


Adalah menjadi harapan kami agar individu dan keluarga yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemik Covid-19 kembali cerdas; dan berdaya menjana peluang pekerjaan untuk membantu mereka yang terjejas. Dengan banyak perniagaan yang kian muncul, kami berharap ini akan membuka ruang kepada lebih ramai belia untuk menimba pengalaman bekerja dan mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk masa depan mereka.


Kami di G25 ingin mengucapkan tahniah kepada semua atlet atas pencapaian mereka di Sukan Komanwel 2022 baru-baru ini kerana tahun ini, Malaysia mencatat pencapaian yang sangat tinggi dengan Pasukan Malaysia melepasi sasaran pingat 6 Emas. Dengan semangat indah sukan, perlulah kita juga meraikan kejayaan yang dicapai oleh ahli sukan muda serta wanita, dan yang terdiri dari pelbagai kaum, latar belakang dan agama. Kejayaan mereka amat membanggakan.


Pendidikan yang baik adalah kunci kepada kejayaan semasa dan masa depan Malaysia. Dengan Pilihan Raya Umum yang akan datang, kami berharap semua pihak dapat mengutamakan pendidikan sebagai isu penting di dalam dasar mereka.


Marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang dalam memperingati hari istimewa ini. Mari memacu ke hadapan dengan lebih gigih, bersama-sama.


TEGUH BERSAMA. Hidup Malaysia.


Date: 15 September 2022

G25 Malaysia


Comments


bottom of page