top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Kenyataan G25 Berhubung Dengan Sasaran Perjuangan 80% Pengundi


Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15, kami dari Kumpulan G25 merayu dan memohon agar semua lapisan masyarakat yang merangkumi setiap kaum, bangsa dan agama, sebagai individu untuk keluar mengundi beramai-ramai bagi menentukan nasib masa depan negara. Peratusan pengundian yang tinggi lebih dari 80% seperti yang telah tercapai pada PRU 14 tahun 2018 amat diperlukan bagi memulihkan kestabilan politik negara. Demi menyatu-padukan pelbagai kaum yang sedia menggembleng tenaga bersama-sama dan nekad untuk menguatkan lagi pembangunan ekonomi dan kehidupan semua serta setiap individu dari negeri dan kawasan di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.

Kami di G25 menaruh harapan kepada muda-mudi, belia-belia di serantau dan di seluruh pelusuk dunia, biarpun mereka yang bekerja atau masih belajar untuk keluar mengundi atau undi secara pos (postal voting). Sudahpun dipermudahkan untuk anak muda yang berumur 18 ke atas dengan perlaksanaan pendaftaran secara automatik yang layak mengundi. Silalah ke laman web ini untuk menyemak status sebagai pengundi https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih. Untuk mereka yang ingin mengundi secara pos, silalah daftar dan semak di https://myspr.spr.gov.my/login.

Demi kemajuan negara dengan harapan untuk kerajaan dan pentadbiran yang lebih baik, yang merangkumi dan mewakili semua dan setiap rakyat Malaysia, marilah kita bergegas, menjalankan satu pengorbanan dengan meluangkan masa dan berganding tenaga untuk terjah mengundi walaupun keadaan mungkin mencabar kerana ada yang terpaksa meredah banjir untuk menunaikan kewajipan sebagai warganegara. Bagi mereka yang kurang bernasib lagi yang tidak mampu, yang seringkali ditimpa masalah bencana banjir teruk dan yang terpaksa memikul beban akibat Covid-19, kami pinta, pilihlah wakil rakyat yang lebih prihatin dengan masalah masyarakat, yang tulus dan ikhlas. Elakkan dari memilih calon dari golongan ahli politik yang terlibat dalam tuduhan rasuah dan salah guna-kuasa. Apabila ramai yang keluar mengundi, kami yakin yang pengundian mereka akan menghasilkan keputusan PRU yang menolak ahli politik yang buruk dan memilih calon-calon yang boleh diharap.

Pengundian rakyat yang tinggi peratusannya akan menguatkan sistem demokrasi kita dan akan merangsangkan kestabilan politik serta membawa kepada suasana pertumbuhan ekonomi yang lebih teguh.


Sasaran kami ialah agar 80% dari mereka yang layak mengundi, keluar mengundi. Peratusan ini termasuklah undian secara pos. Anak muda adalah harapan negara. Di harap, di mana jua mereka berada, di dalam atau di luar negara, sambut dan sahutlah laungan ini. Betapa pentingnya untuk membentuk kerajaan dengan muka nafas baru bagi meyakinkan rakyat serta dunia luar bahawa Malaysia sedang melangkah ke era yang lebih gemilang.

G25 MALAYSIA Tarikh: 20 Oktober 2022

Comments


bottom of page