top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Ke Arah Malaysia Berasaskan Rahmatan Lil 'Alamin

Antara cabaran yang perlu diatasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam yang dicontohi dunia, adalah terutamanya, menawan pergolakan dalaman berunsurkan agama dan bangsa yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Perang lidah hanya akan menyemarakan api perselisihan dan merobakkan status keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita bertanggungjawab untuk mengambil pendirian yang lebih tinggi untuk memastikan pembaharuan negara yang positif mampan tercapai.

Di bawah konteks ini, pembaharuan sistem pentadbiran Islam menjadi satu prioriti utama negara. Anjakan sistem Syariah dari satu sistem yang punitif ke satu sistem yang reformatif, digabungkan dengan pendidikan yang holistik dapat memupuk sifat-sifat keadilan, progresif dan berbelas kasih kepada masyarakat. Reformasi pentadbiran sebegini pasti memanfaatkan semua warganegara, tanpa mengira bangsa dan agama.

Pendirian G25 Malaysia sejak konsepsinya adalah bahawa Islam moderat adalah benteng pertama untuk mengatasi masalah radikalisme, Islamofobia dan ideologi pelampau. Kami memuji Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, YB Dato’ Dr Mujahid Yusof, kerana beliau mempunyai fikiran dan pegangan yang serasi, dan usaha beliau untuk menggalakkan umat Islam Malaysia untuk menyokong prinsip Rahmatan Lil 'Alamin.

Dalam ucapan sulungnya sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, beliau menerangkan tiga matlamat dasar Rahmatan Lil 'Alamin. Ringkasan dasar-dasar itu adalah seperti berikut:

  1. Untuk mempromosikan Islam sebagai agama yang berbelas kasih, yang berlandaskan pendekatan yang inklusif dan di mana dosa-dosa peribadi adalah tanggungjawab individu. Pihak berkuasa agama hanya perlu bertindak untuk memastikan ketenteraman rakyat umum.

  2. Perlaksanaan sistem Maqasid Al Syariah, di mana tadbir urus yang adil akan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mencapai potensi masing-masing. Konsep Maslahah, yang mempunyai undang-undang dan dasar yang memelihara agama, kehidupan, akal, keturunan dan harta seseorang, bukan hanya menjadi dasar Maqasid Al Syariah, malah ia juga sejajar dengan Hak Asasi Manusia sejagat dan Matlamat Pembangunan Berkelanjutan (Sustainable Development Goals) di tahap antarabangsa.

  3. Untuk merealisasikan cita-cita Malaysia sebagai model negara Islam yang dicontohi. Peristiwa baru-baru ini telah mendedahkan kegagalan negara-negara Arab, di mana rasuah berleluasa, pemerintahan demokratik yang lemah, dan pelaksanaan undang-undang Syariah secara keras (zalim) membantut ekonomi. Dengan pembaharuan institusi berdasarkan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin, Malaysia boleh mencapai penjanaan ekonomi, mempertingkatkan peluang pekerjaan, dan peluang menjana pendapatan untuk semua rakyat Malaysia.

Laluan ke arah ‘Malaysia Baharu’ baru sahaja bermula. Pembaharuan institusi perlu untuk mempastikan kebebasan sivik dan berpolitik.

Demi memastikan kesucian Islam terjaga bukan bermaksud penafian hak kebebasan beragama dan mengancam kepercayaan agama lain. Sikap toleransi sesama sendiri adalah antara prinsip utama Piagam Madinah dan harus dicontohi. Kebebasan untuk rakyat bersuara perlu ditegakkan, di mana perbincangan rakyat yang kritikal dan analitikal digalakkan, terutamanya terhadap tadbir urus kerajaan dan pentadbiran Islam.

Buku-buku tidak seharusnya diharamkan atas dasar yang daif, sebaliknya kerajaan harus menggalakkan masyarakat berfikir, kerana Al-Quran dan terjemahannya, hadis-hadis dan penerbitan oleh para-para ulama kini semakin mudah diperolehi dan sedia ada untuk membantu memperdalamkan pemahaman rakyat. Khutbah Jumaat haruslah menyeru pengiktirafan, kesefahaman, dan toleransi dalam masyarakat yang berbilang agama, lebih-lebih lagi untuk masyarakat Islam yang amal, inklusif, adil, dan penuh belas kasihan.

Hanya melalui pembaharuan sedemikian, barulah konsep Rahmatan Lil 'Alamin dapat diterap di Malaysia. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia memikul azam untuk memastikan Malaysia diberi peluang untuk mencapai potensinya yang tertinggi, dan setaraf dengan negara negara ‘Harimau Asia’ yang lain.

bottom of page