Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia
Saya merayu YAB tidak menyokong RUU355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi negara dan seterusnya merosotkan sentimen terhadap nilai matawang ringgit. Akibat nilai ringgit yg lemah ia lah inflasi meningkat dan harga barangan dan kos kehidupan rakyat akan merosot dan yg akan menanggung bencana ini kebanyakkan nya orang Melayu kita juga.
YAB tentu maklum bahawa sentimen sekarang sangat lemah kerana isu isu urus tadbir negara atau " governance" berkaitan 1MDB yg masih belum diselesai. Walau apa pun YAB berkata tentang kekuatan economic fundamentals, nilai ringgit dan sentimen pelaburan tidak akan pulih jika isu isu ini masih tergantung di leher negara.
Jika YAB menyokong RUU355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya satu permainan politik untuk melari dari tanggungjawab yg amat mendesak ia itu memulihkan ekonomi negara.
RUU355 akan memecah belahkan rakyat dan membawa mereka merasa bimbang atas masa depan negara yg berbilang kaum ini. Bila rakyat tidak yakin dengan masa depan Malaysia, ekonomi kita akan hilang kekuatan nya dan rakyat akan menjadi mangsa semata mata kerana kepimpinan yang suka bermain politik dengan ugama.
Dengan kata kata demikian saya sebagai bekas Ketua Setiausaha Kem Kewangan dan Ketua Pangarah Unit Pearancangan Ekonomi suka menasihatkan YAB untuk melupakan sahaja RUU355 kerana ada tugas lain yang lebih penting untuk YAB menyelesaikan dulu.
Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim
15 Februari 2017
Perkasa's response
KENYATAAN MEDIA
DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI
BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
15 Februari 2017
2035hrs
1. Saya merujuk kepada satu mesej yang ditularkan oleh Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim bertarikh 15 Februari 2017 yang kononnya ditujukan kpd YAB. Perdana Menteri Malaysia. Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim menggesa agar YAB Perdana Menteri untuk tidak menyokong RUU355 kerana ia akan menyulitkan lagi kelemahan ekonomi negara dan seterusnya memerosotkan sentimen terhadap nilai matawang ringgit. Benarkah andaian Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim ini? Dahulu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dituduh menyebabkan pelabur asing tidak datang untuk melabur ke Malaysia, tetapi tuduhan itu ternyata meleset apabila ramai yang datang melabur dari Asia dan negara Barat. RUU355 bukanlah untuk menghukum para pelabur tetapi untuk kebaikan orang Islam khasnya dan orang bukan Islam amnya. Kita tidak menafikan ekonomi negara sememangnya penting, tetapi RUU355 juga penting bagi umat Islam bahkan akan menyumbang kepada kesejahteraan negara dan keharmonian masyarakat. Apabila Allah reda, ekonomi negara akan menjadi berkat dan negara menjadi semakin makmur lagi sejahtera.
2. Sebenarnya ekonomi Malaysia berkembang 4.2% pada suku pertama 2016 ditambah dengan Pelaburan Asing Secara Langsung (FDI) yang bergerak pantas pada penghujung 2016 oleh beberapa syarikat asing. Manakala nilai ringgit agak rendah bukan disebabkan oleh RUU355 seperti yang didakwa oleh Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim. Beliau membuat korelasi yang tidak tepat bahkan kelihatan mempunyai tujuan jahat untuk menakut-nakutkan rakyat jelata dan menimbulkan tohmahan yang tidak berpijak di alam nyata.
3. Beliau juga membuat analisis yang dangkal dan lemah apabila menyatakan bahawa akibat nilai ringgit yang lemah ialah inflasi akan meningkat dan harga barangan serta kos kehidupan rakyat akan merosot dan yang akan menanggung bencana ini kebanyakannya melibatkan orang Melayu. Daripada mana beliau belajar ilmu ekonomi apabila beliau membuat telahan sebegini? Kita sedia maklum bahawa inflasi akan berlaku apabila agregat permintaan untuk barangan dan perkhidmatan meningkat secara mendadak berbanding kapasiti ekonomi negara yang produktif. Inflasi menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Peningkatan harga sumber tenaga menyebabkan kos pengeluaran dan pengangkutan barangan meningkat. Walau bagaimanapun, kerajaan perlu membela nasib rakyat yang marhein yang memerlukan bantuan dan perhatian.
4. Beliau juga menyatakan bahawa, "YAB tentu maklum bahawa sentimen sekarang sangat lemah kerana isu isu urus tadbir negara atau "governance" berkaitan 1MDB masih belum diselesai. Walau apa pun YAB berkata tentang kekuatan economic fundamentals, nilai ringgit dan sentimen pelaburan tidak akan pulih jika isu isu ini masih tergantung di leher negara." Seterusnya beliau membuat kesimpulan yang pelik, katanya, "Jika YAB Perdana Menteri menyokong RUU355, para pelabur dalam dan luar negara akan mentafsir bahawa ianya satu permainan politik untuk melarikan diri dari tanggungjawab yang amat mendesak iaitu memulihkan ekonomi negara." Tanggungjawab memulihkan ekonomi negara dan memperbaiki sosioekonomi rakyat jelata adalah suatu kewajipan yang mendesak sekarang. Memperkasa Mahkamah Syariah akan memberikan kebaikan kepada negara dan akan menarik lebih ramai pelabur untuk datang ke sini.
5. Tuduhan beliau bahawa RUU355 akan memecah belahkan rakyat dan membawa mereka merasa bimbang akan masa depan negara yang berbilang kaum adalah tidak berasas dan hujahnya sangat lemah. Apa yang berlaku ialah terdapat segelintir pihak yang telah mempolitikkan isu ini untuk kepentingan diri sendiri dan tuduhan bahawa RUU355 memecahbelahkan rakyat dimulakan oleh Tan Sri Sheriff bertujuan untuk mengganggu gugat keharmonian bermasyarakat dan ketenteraman awam. Kesimpulan seperti ini tidak pernah kita dengari sebelum ini. Beliaulah yang memulakannya. Para pembuat maksiat seperti penzina, peminum arak dan lain lain sebenarnya amat takut dengan pindaan RUU355 ini. Apa tidaknya, jika terbukti bersalah, mereka bakal dikenakan hukuman yang berat. Ini akan memberikan pengajaran yang berkesan kepada bakal pembuat maksiat yang lain.
6. Pemerintah sebagai satu entiti yang diamanahkan oleh Allah wajib membela nasib rakyat dan membina masa depan Malaysia dengan kekuatan agama dan ekonomi yang kukuh dalam situasi ekonomi global yang tidak menentu. Malaysia akan hilang kekuatannya dan rakyat akan menjadi mangsa jika kepimpinan mengabaikan amanah yang diletakkan di atas batu gemala mereka. Permainan politik yang memanipulasi agama atau membelakangkan agama akan membawa keburukan kepada negara. Sebagai seorang Islam, beliau sepatutnya menyokong RUU355 atau setidak tidaknya tidak memberikan komen seperti orang yang tidak mempunyai akal yang rasional dalam berhujah. Di manakah letaknya kredibiliti dan integriti beliau sebagai bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan mantan Ketua Pangarah Unit Perancang Ekonomi apabila beliau membuat analisa yang sangat mengelirukan mengenai RUU355 dan isu ekonomi. Perkasa percaya YAB Perdana Menteri akan memberikan perhatian yang serius terhadap RUU355 kerana majoriti umat Islam dalam negara ini mahukan penambaikan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah secara lebih ekstensif.
Sekian.
Counter response (16 Feb 2017)
PERKASA mungkin tidak membaca lapuran New Economic Model yg menganalisa tentang masaalah Malaysia terperangkap dlm " middle income trap" manakala lain negara di Asia Timur termasuk Singapura, Korea dan Taiwan yg dulu sama atau lebih mundur dari kita, sekarang telah capai taraf 'developed economy' dan high income status. PERKASA harus membaca lapuran itu sendiri untuk tahu sebab nya.
Harus juga PERKASA bertanya apa sebab ringgit masih lembab walau pun harga komoditi dan minyak mentah telah naik dan reserves pun telah naik. Saperti yg disebut olih analyst kewangan , ianya kerana sentimen tidak yakin dan kebimbangan tentang kesetabilan politik akibat isu isu governance berkaitan 1MDB.
Saya mengulangi bahawa RUU355 akan menambah perasaan risau dan bimbang di kalangan swasta dan masyarakat umum dan menyulitkan lagi pemulihan ekonomi.
Sheriff