top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Pemimpin PAS #RUU355

Pemimpin PAS sering kali menyatakan undang-undang yang diguna di Malaysia yang mengikut aliran dunia Barat tidak berkesan mengurangkan jenayah dan maksiat. Sebaliknya, #RUU355 akan membuka peluang untuk negara kita lebih maju dengan membanteras jenayah.

Yang saya, dan semua yang tidak bersetuju dengan #RUU 355 berpendapat, dalam melaksanakan undang-undang syariah yang begitu keras dan yang lari dari prinsip Perlembagaan Persekutuan, ianya akan menakutkan serta memecah-belahkan rakyat berbilang kaum. Lama-kelamaan ia akan membawa kapada keruntuhan keamanan sosial dan kestabilan ekonomi sampai menjadikan negara kita 'failed state' Akibatnya ekonomi meleset, pengangguran meningkat dan kemiskinan merebak.

Negara seperti ini banyak dalam dunia Islam. Mereka mengalami lebih banyak maksiat dan jenayah kerana bila perut dah kosong dan anak tak mampu bersekolah, dan keluarga dah hilang aqal dengan kemiskinan, maka ibu bapa redha buat apa sahaja maksiat yang perlu untuk hidup. Sebab itu sekarang pun kita melihat negara-negara Muslimlah yang banyak sekali ada penyeludupan dadah, penjualan kanak-kanak dan perompakkan serta perangai sosial yang buruk sekali.

Apakah megahnya dengan undang-undang syariah jika negara jadi huru-hara? Yang menjadi mangsa selalunya perempuan. Banyak yang tidak tahan, lari ke negara lain di Barat. Apabila wanita tertekan dalam kebebasan manusia, negara tidak dapat maju dengan sepenuhnya.

Saya berpendapat jika benar ada kelemahan undang-undang sekular yang kita pakai di Malaysia, segala isu yang berbangkit boleh dibahas dan dibaikki mengikut cara perbincangan dan perundingan terbuka selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi. Sebaliknya jika kita pakai undang-undang syariah di bawah #RUU355, semua mesti ikut apa yang kumpulan ulama tetapkan kerana mereka anggap diri sendiri sebagai yang bijaksana.

Mereka melarang sebarang teguran dari orang ramai terutama sekali bukan Islam dan golongan cendekiawan yang memberi pandangan berbeza. Semua mereka dituduh melawan ajaran Islam dan disuruh keluar dari bumi Malaysia. Sikap 'religious dictatorship' inilah yang amat membimbangkan dan akan hindar kemajuan negara.

Kita harus ambil ajaran dari negara lain yang telah melaksanakan undang-undang syariah dan kemudian sesal dan cuba hendak memansuhkannya demi kemajuan sosial dan ekonomi rakyat.

Menteri dan gabenor wilayah yang menyokong reformasi dibunuh oleh pihak extremis atas alasan mempertahan kedaulatan Islam.

Kita tahu sikap "religious dictatorship " ini tidak sesuai dengan sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia. Kita telah maju jauh kehadapan berbanding negara-negara Muslim lain kerana sistem pentadbiran dan perundangan yang dipandang progresif. Amatlah rugi jika kita mengubah sistem ini kepada sistem yang telah menjadikan banyak negara Islam mundur kebelakang.

Akhirnya saya ingin memetik dari perkataan ulama yang berilmuan tinggi :

"The Holy Quran and Hadiths are divine. But the interpretation and implementation of the religious texts are human " Dengan itu rakyat berhak menentang #RUU355 yang dicadang oleh manusia biasa.

Tan Sri Mohd Sheriff bin Mohd Kassim 20 Feb 2017

Related:

bottom of page