top of page

What we stand for

G25 is committed to pursue a just, democratic, peaceful, tolerant, harmonious, moderate and progressive multi-racial, multi cultural, multi religious Malaysia through Islamic principles of Wassatiyah (moderation) and Maqasid Syariah (well-being of the people) that affirms justice, compassion, mercy, equity.

Malaysia is to be led by rule of law, good governance, respect for human rights and upholding the institution of the country.

We aim to ensure, raise awareness, promote that Syariah laws and civil laws should work in harmony and that the Syariah laws are used within its legal jurisdiction and limits as provided for by the federal and state division of powers.

There should be rational dialogues to inform people on how Islam is used for public law and policy that effects the multi ethnic and multi religious Malaysia and within the confines of the Federal Constitution, the supreme law of the nation.

We work in a consultative committee of experts to advise the government and facilitate amendments to the state Syariah laws, to align to the Federal Constitution and the spirit of Rukun Negara.

It is imperative to achieve a politically stable, economically progressive Malaysia and to be able to enjoy the harmony, tolerance, understanding and cooperation in this multi diverse country.

Apa salahnya jadi liberal

KITA sering mendengar perkataan liberal digunakan untuk menyindir dan mengutuk seseorang atau kumpulan yang berfikiran terbuka berkenaan politik, agama, bahasa atau bangsa. Liberal itu tidak seharusnya dikaitkan dengan sifat yang buruk atau seseorang yang bebas tanpa batasan dari ajaran ugama atau perlakuan undang-undang. Liberal bermakna kesediaan terbuka untuk menerima pandangan orang lain dan menghormati hak mereka bersuara. Tidak semestinya kita bersetuju dengan pendapat yang berbeza itu. Tetapi, pandangan itu wajar diberi pertimbangan selagi perbuatan itu tidak menyalahi undang-undang. Masyarakat di negara kita ini secara semula jadi adalah plural, kandungan Bumiputeranya pun kaya dengan kemajmukan keturunan yang bukan sahaja Melayu Islam tetapi juga Orang Asli, Dayak, Kadazan, Iban, Bidayuh dan banyak lagi. Inilah Malaysia yang unik sebenarnya, dan penghormatan serta kemesraan kepelbagaian inilah yang membawa kepada perpaduan negara. Kita sudah beratus tahun hidup bersama dan tidak tamak, juga berdaya menerima perbezaan di antara kaum sebagai perkara biasa. Sikap toleransi di antara kaum menunjukkan Malaysia sebuah negara yang liberal. Ini petanda positif dalam usaha kerajaan untuk menarik pelaburan dan pelancong asing bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negara.

Ahli-ahli ekonomi asing, memuji Malaysia sebagai negara yang liberal bukan sahaja dari segi kebudayaan berbilang kaumnya, bahkan juga dari segi dasar kerajaan kita yang memberi galakan dan kemudahan kepada sektor peniaga swasta. Kini prestasi ekonomi negara masih baik, walaupun ada beberapa cabaran. Keadaan politik negara dan kenyataan pihak yang mentadbir-urus hal ehwal Islam yang ia memerangi liberal memberi gambaran yang Malaysia ini tidak begitu moderat dan juga tidak membantu menenangkan risiko pelabur asing serta merumitkan lagi kemajuan ekonomi. Kenyataan seperti ini pada masa ini boleh mengurangkan keyakinan pelabur asing. Sebaiknya kenyataan yang bercanggah dengan imej Malaysia sebagai negara moderat, berkepelbagaian dan stabil ini harus dielakkan sebelum ia menjejaskan ekonomi negara. G25 adalah pengikut Sunnah Wal Jamaah dan bukanlah liberal seleweng yang harus diperangi. G25 adalah liberal dari segi pegangan prinsip demokrasi, keadilan, kedaulatan undang-undang, keprihatinan kepada tadbir-urus negara, keterbukaan dan pegangan kepada sikap toleransi di alam kepelbagaian, kemajuan ekonomi serta keadilan untuk masyarakat yang masih memerlukan bantuan. Kami tegas menentang rasuah, dan ini adalah konsisten dengan ajaran Islam, Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara. Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara disamping memberi kebebasan pelbagai kaum untuk menganuti agama masing-masing.

Begitu juga tentang hak keistimewaan orang Melayu. Ianya hendaklah dilaksanakan dengan cara yang menghormati hak kaum lain. Semua ini termaktub di dalam Rukunegara serta Dasar Ekonomi Negara bagi memberi keyakinan kepada rakyat dan dunia asing bahawa semua rakyat dan pelabur asing mempunyai hak masing-masing dan ia tidak terjejas dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Rakyat harus diberi kebebasan menyuarakan pendapat masing-masing, dan Kerajaan secara langsung berpeluang untuk memberi maklum-balas untuk memperbaiki pentadbiran negara. Masalah 1MDB sepatutnya tidak perlu meleret sehingga boleh menjejaskan ekonomi Malaysia, jika parlimen berbincang dari awal secara terbuka dan menjemput pakar-pakar kewangan memberi pandangan masing-masing secara profesional dalam usaha mencari penyelesaian dengan secepat mungkin. Begitu juga dengan pentadbiran Islam.

Sekiranya kumpulan masyarakat atau “civil society” dapat bersuara tanpa digertak, dan semua pandangan dipertimbangkan sebelum mengeluarkan sesuatu perundangan, ia tentu dapat dilaksanakan dengan cara yang tersusun dari segi perlembagaan negara, disamping menepati kewajipan negara di pentas antarabangsa mengenai hak-hak peribadi manusia. Malaysia harus bersikap liberal dalam sistem pentadbiran negara terutama sekali dalam bidang pentadbiran Islam jika ingin mencapai taraf negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Dengan ini, negara kita pasti akan terus kukuh memacukan kemajuan dalam semua bidang.

bottom of page